Sepintas Lalu..

Yayasan Aminul Ummah Malaysia (YAUM) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 3 Mac, 1999 dengan nombor perdaftaran 207-33/99.

Sejarah penubuhan YAUM amat berkait rapat dengan aspirasi Y.A.Bhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan juga Penaung YAUM, semasa beliau masih menjawat jawatan Menteri Luar Negeri lagi. Beliau telah mencadangkan kepada Ustaz Hj Md Radzi Daud, pengasas dan Presiden YAUM untuk beristiqamah dalam berdakwah dan membangunkan modal insan soleh dan solehah melalui saluran yang sah dan direstui pihak pemerintah.

Saturday, December 14, 2013

Dar Ar-Rahman - Sejarah Perjuangan

Pada peringkat awalnya, beliau mendekati dan menasihati golongan remaja secara hikmah dan beliau sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain sehingga beliau menemui tempat yang sesuai untuk bertapak dan bergerak secara tersusun hasil daripada pengalaman yang lalu sehingga beliau serasi di kawasan Perumahan Flet Taman Indah Perdana, Kepong Kuala Lumpur. Ia adalah kawasan perumahan yang mempunyai banyak masalah sosial. Kawasan ini terdapat pelbagai aktiviti kemungkaran seperti tempat simpanan wanita GRO, pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain lagi.

Komposisi masyarakat disini adalah pada nisbah 90% kaum bukan Islam dan 10% adalah orang Islam.

Kini usaha ke arah kebajikan komuniti dapat dijalankan secara terbuka dan program ibadah seperti Kelas Fardhu A’in, bacaan Maulid, bacaan Ratib dan Qasidah telah dijalankan secara harian. Pada ketika ini Dar Ar-Rahman hanya mampu melindungi sekitar 15 hingga 20 remaja pada satu-satu masa yang berusia dari umur 8 hingga 14 tahun. Mereka dihantar oleh ibu bapa atau penjaga atas sebab-sebab masalah disiplin dan keruntuhan akhlak yang kronik seperti meragut, mencuri, lari rumah, penagihan gam, pengedaran dadah, terlibat dengan gangsterism dan ’black metal’ sehingga tidak mampu dibendung oleh ibu bapa dan juga guru-guru sekolah masing-masing.

Dar Ar-Rahman - Latar Belakang

Dar Ar-Rahman beroperasi semenjak tahun 1991 apabila Saudara Nur Muhammad Bin Johari melihat kerosakan akhlak dan keruntuhan aqidah yang semakin parah dan amat membimbangkan di kalangan anak remaja di ibu kota ini.

Beliau telah mendekati golongan remaja bermasalah ini secara hikmah dengan memberi semangat, contoh tauladan dan berbincang dari hati ke hati.

Sepanjang tempoh ini Dar Ar-Rahman bergerak secara bersendirian tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Pada tahun 2007 Dar Ar-Rahman mula mengorak langkah ke arah menubuhkan organisasi kebajikan komuniti yang lebih tersusun.

Dar Ar-Rahman - Pengenalan

Dar Ar-Rahman (Pusat Tarbiyah Insaniah) adalah sebuah rumah kebajikan dan perlindungan remaja yang diusaha dan diasaskan oleh Saudara Nur Muhammad Bin Johari di bawah aktiviti induk Pertubuhan Kebajikan Islam Yayasan Aminul Ummah Malaysia yang ketika ini bergiat cergas dalam aktiviti sosial pemantapan aqidah remaja, kebajikan dan kemasyarakatan. 

Dar Ar-Rahman mensasarkan golongan remaja bermasalah, bertujuan menolong dan membantu mereka supaya mendapat pembelaan, perlindungan dan pendidikan dari segi aqidah, akhlak dan ilmu agama. Remaja yang disasarkan kebiasaannya mengalami masalah keruntuhan akhlak yang teruk atau menghadapi pelbagai masalah dalam hubungan kekeluargaan, dilema saudara baru, pembelaan anak yatim yang terbiar dan juga pembelaan anak faqir miskin.