
Pada peringkat awalnya, beliau mendekati dan menasihati golongan remaja secara hikmah dan beliau sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain sehingga beliau menemui tempat yang sesuai untuk bertapak dan bergerak secara tersusun hasil daripada pengalaman yang lalu sehingga beliau serasi di kawasan Perumahan Flet Taman Indah Perdana, Kepong Kuala Lumpur. Ia adalah kawasan perumahan yang mempunyai banyak masalah sosial. Kawasan ini terdapat pelbagai aktiviti kemungkaran seperti tempat simpanan wanita GRO, pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain lagi.
Komposisi masyarakat disini adalah pada nisbah 90% kaum bukan Islam dan 10% adalah orang Islam.
Kini usaha ke arah kebajikan komuniti dapat dijalankan secara terbuka dan program ibadah seperti Kelas Fardhu A’in, bacaan Maulid, bacaan Ratib dan Qasidah telah dijalankan secara harian. Pada ketika ini Dar Ar-Rahman hanya mampu melindungi sekitar 15 hingga 20 remaja pada satu-satu masa yang berusia dari umur 8 hingga 14 tahun. Mereka dihantar oleh ibu bapa atau penjaga atas sebab-sebab masalah disiplin dan keruntuhan akhlak yang kronik seperti meragut, mencuri, lari rumah, penagihan gam, pengedaran dadah, terlibat dengan gangsterism dan ’black metal’ sehingga tidak mampu dibendung oleh ibu bapa dan juga guru-guru sekolah masing-masing.
No comments:
Post a Comment